Edmund Burke: PRINSIP REFORMASI


Edmund Burke: PRINSIP REFORMASI

keywords: prinsip reformasi, Edmund Burke, Revolusi Perancis, Illa se jactat in aula – Aeolus, et clauso ventorum carcere regnet, Reflections on the French Revolution and Other Essays, pdf

Edmund Burke (1729-1797) ialah seorang penulis British dan ahli parlimen Whig (pelopor kepada Parti Liberal). Melalui pidato dan risalah yang amat berkesan dan bergaya, beliau telah menganjur polisi reformasi yang mendalam. Beliau telah menyebelahi pihak Amerika dalam konflik yang membawa kepada kemerdekaan Amerika Syarikat, dan beliau membantah pengaruh parlimen dan rasuah oleh King George III. Namun demikian, penolakannya terhadap pandangan bahawa masyarakat boleh dirancang sepenuhnya (suatu penolakan yang dikongsi oleh rakannya, Adam Smith) menjadikan beliau penentang terhadap semua idea revolusi yang didorong oleh ideologi; beliau menjadi musuh ketat Revolusi Perancis. Dalam ‘Renungan tentang Revolusi di Perancis’ pada tahun 1790, Burke menjangka bahawa keseluruhan revolusi tersebut, akibat daripada harapan yang terlalu tinggi atas kuasa akal untuk membuat perancangan, akan menyingkirkan nilai liberalnya, dan beliau juga telah meramalkan pemerintahan melalui keganasan. Tetapi dalam karya ini juga beliau telah memasukkan rayuan yang sungguh berkesan untuk polisi reformasi atau pembaharuan, kerana: “negara yang tidak mampu membuat perubahan juga tidak akan mampu memelihara kewujudannya”.

Link Download :http://www.ziddu.com/download/5139069/PRINSIPREFORMASI.pdf.html



Mungkin PDF ini yang anda cari


1 komentar:

wah kalau soal politik, reformasi dan lain lain kakak saya paling suka tu mas, ijin sedot ya



Posting Komentar